Op Daulat 7 Mac 2013 | Kepungan Di Darat & Laut Oleh Pasukan Keselamatan

Op Daulat 7 Mac 2013 memasuki hari ketiga pada hari ini. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, Beberapa jet pejuang dilihat terbang di sekitar Felda Sahabat kira-kira pukul 8.35 pagi Khamis.

Pesawat dipercayai menuju ke arah Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di mana lelaki bersenjata Sulu telah terbabit dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Op Daulat 7 MAc 2013 | Kepungan Di Darat & Laut Oleh Pasukan Keselamatan

Op Daulat 7 MAc 2013 | Kepungan Di Darat & Laut Oleh Pasukan Keselamatan

Pasukan keselamatan juga mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihak keselamatan turut menangkap penceroboh yang cuba masuk dan keluar dari Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.

“Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.”

“Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka,”

Mengenai kumpulan penceroboh yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan.

“Kalau ada jalan keluar pun, ‘the only way out’ ialah ikut jalan laut. Bagaimanapun, saya tidak menafikan (wujud cabaran) kerana kita berhadapan dengan manusia, jadi masing-masing ada tipu helah,”

Sementara itu, Malaysia dan Filipina akan memikirkan jalan terbaik berhubung sebarang tindakan undang-undang terhadap anggota kumpulan penceroboh bersenjata termasuk ketua mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • op daulat (14)
Close