Lagi Dua Anggota Keselamatan Terkorban di Sampoerna

Sedihnya Belalang bila membaca berita ada lagi anggota pasukan keselamatan terkorban dalam menentang pencerobohan. Kali ini berlaku di Kampung Seri Jaya Siminul, Sampoerna, Sabah petang semalam.

Menurut kata dari Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.

2 anggota keselamatan terkorban di serang hendap di Semporna

Anggota Tentera bersiap ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang masih berkubu di kampung itu. – Foto Bernama

Bagaimanapun, Datuk Hamza Taib tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program ‘Malaysia Hari Ini’ di sini pagi ini.

Datuk Hamza Taib juga menambah pihaknya masih menyiasat samada penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • sampurna sabah (38)
  • penceroboh di sampoerna (34)
  • sampoerna sabah (31)
  • pencerobohan di sampoerna (28)
  • polis di sampoerna (17)
  • polis terkorban di sampoerna (16)
  • sampoerna polis (15)
  • barita harian metro sampurna (11)
  • pencerobohan di sempoerna (10)
  • sampoerna diserang (10)
Close