Isu Pasaraya NSK Selayang Ada Daging Babi Hanyalah Kekeliruan

Kelmarin Belalang terperasan beberapa fanpages di Facebook telah kongsikan sekeping gambar yang dikatakan daging babi segar di Pasaraya NSK Selayang sedang ditunggu untuk dipotong menjadi kepingan kecil.

Seperti biasa, sekiranya Belalang tidak begitu yakin dengan sesuatu berita, Belalang tidak akan kongsikannya di blog mahupun mana-mana media sosial.

Pasaraya nafi dakwaan jual daging babi segar

Pemilik laman sosial memaparkan imej yang didakwa daging babi.

Dan akhirnya hari ini di ahbar online Sinar Harian ada memuatkan berita mengenai hal ini. Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang, Siti Afilah Che Min berkata, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.

Menurutnya, imej daging dalam troli yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit adalah kambing sejuk beku dari New Zealand.

“Sejurus mendapat maklumat di laman sosial, semakan mendapati daging kambing itu disalut plastik sehingga dilihat seperti daging babi dan menimbulkan kekeliruan.

“Kita turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu dan menegaskan NSK Selayang tidak menjual produk daging babi segar,”

Kepada blogger dan juga pemilik fanpages sekalian, sebelum sebarkan sesuatu perkara adalah lebih baik anda cri kesahihannya. Di internet ni, lebih banyak cerita yang ‘diada-adakan’ daripada cerita sebenar 🙂

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • nsk selayang (61)
  • NSK Babi (19)
  • nsk ada babi (18)
  • pasaraya nsk (12)
  • babi nsk (10)
  • nsk selayang babi (10)

Comments are closed.

Close