Gambar Intim | Anwar Ibrahim Saman Blogger Papa Gomo!

Berulang-ulang kali blogger politik yang lantang berkata-kata, Papa Gomo mendesak supaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamannya, dan nampaknya kali ini hasrat Papa Gomo tercapai.

Sinar Harian online sebentar tadi telah melaporkan satu berita yang Anwar Ibrahim memulakan prosiding undang-undang terhadap blogger pro-Umno, Papa Gomo.

Anwar saman blogger Papa Gomo

Anwar saman Papa Gomo. Gambar dari blog Papa Gomo

Pengendali blog terkenal Papa Gomo atau nama asalnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, didakwa menyiarkan gambar berkenaan pada 16 Mac lalu.

“Laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka,” ujar Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media hari ini.

Walaupun blog pertama yang memuat naik gambar-gambar yang dimaksudkan adalah blog rajagoyang360.blogspot.com, namun begitu saman difailkan ke atas Papa Gomo.

Belalang rasa mungkin kerana blog Raja Goyang tidak menyebut mana-mana nama individu dalam blognya seperti mana Papa Gomo.

Anwar menerusi surat tuntutannya menggesa blogger terkenal itu menarik balik tuduhannya, membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam dan membayar ganti rugi kerosakan sebanyak RM100 juta.

Sementara itu di blog Papa Gomo, tulisan terbaru Papa Gomo juga memberi masa 48 jam kepada Anwar untuk menarik balik saman terhadap dirinya. Sekiranya tidak, Papa Gomo akan mengeluarkan beberapa bahan bukti yang didakwanya ada dalam simpanannya.

Facebook Comments
Close