Empat Perancangan Awal Memulakan Perniagaan Internet

Sebelum ini Belalang pernah kongsikan Cara Cari Idea Memulakan Perniagaan (klik). Kali ini Belalang akan kongsikan dengan anda empat perancangan awal memulakan perniagaan internet.

Perniagaan melalui internet boleh jadi sesuatu yang mudah dan boleh juga menjadi sesuatu yang rumit kepada sesetengah orang. Bergantung kepada bagaimana perancangan dan strategi yang anda telah fikirkan sewaktu awal mahu memulakannya.

Perancangan memulakan perniagaan internet

Gambar hiasan. Carian Google

INGAT! Apa jua perniagaan yang anda mahu lakukan perlulah mempunyai perancangan dan strategi. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensi pendapatan yang anda inginkan? Berapa modal yang anda sanggup keluarkan? Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan perniagaan.

InsyaAllah dilema anda dalam memulakan perniagaan internet akan berakhir. Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkara berikut :

1. Jenis perniagaan di internet

Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda ingin menjual servis? Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda ingin menjadi affiliate? Anda tentukan apa yang terbaik untuk anda.

Sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang dahulu. Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dan sudah tentu anda akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lain pula.

2. Rancangan perniagaan

Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda?

3. Persediaan tempat kerja dan alatan

Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepada perancangan anda.

4. Adakah perniagaan anda halal atau haram?

Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang di bolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.

Sebelum Belalang akhiri perkongsian untuk kali ini, cuba anda download laporan mengenai perniagaan internet ini secara PERCUMA –> Buat Duit Dengan Produk Internet

Semoga perkongsian ini membantu anda 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close