Bunuh Suami | Penyanyi Nouri Ditahan Polis

Polis hari ini mengesahkan menahan seorang penyanyi wanita yang terlibat dalam kes pembunuhan suaminya sendiri. Penyanyi yang dimaksudkan tersebut ialah Nouri Ramli yang pernah memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999.

Menurut berita yang Belalang petik dari Mstar Online ini, Nouri ditahan bersama dua lagi anak saudaranya yang dipercayai turut terlibat. Penahanan ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.

Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Penyanyi Nouri

Nouri Rahim.- Gambar Mstar Online

“Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”

Di bawah ini adalah peristiwa penuh mengenai kes ini yang ditulis dalam akhbar tempatan-

Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.

Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Penyanyi Nouri

Gambar kenangan Nouri bersama suaminya.- Gambar Mstar Online

Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.

Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.

Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.

Kes berebut anak boleh sampai bawa bunuh-membunuh, seram betul…

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • PENYANYI BUNUH SUAMI (620)
  • artis bunuh suami (344)
  • gambar penyanyi nouri (303)
  • pelakon bunuh suami (188)
  • penyanyi nouri (119)
  • artis wanita bunuh suami (84)
  • nouri ramli (80)
  • nouri bunuh suami (61)
  • nouri rahim (45)
  • khairul azmi jaafar (45)

Comments are closed.

Close