BlogShop | Ciri-ciri Kedai Blog Yang Perlu Ada

Sudahkah anda membaca segala info-info berkaitan mencari duit secara online yang Belalang tulis? Kalau belum, anda boleh membaca segala himpunan mengenai menambah pendapatan secara online di sini (klik sini)

Sebenarnya idea untuk mencari pendapatan tambahan melalui internet adalah langkah yang bagus. Ini kerana modal permulaan yang diperlukan adalah kecil jika dibanding anda berniaga secara offline.

ciri-ciri blogshop yang perlu ada

Gambar hiasan. Carian Google

Sebagai contoh, untuk membangunkan sesebuah kedai blog atau blogshop, modal yang diperlukan hampir tiada memandangkan platform blogger ditawarkan secara percuma. Malah sekiranya anda mempunyai sedikit masa untuk melakukan carian di Google, anda akan menemui beberapa tools atau widget yang menarik ditawarkan dengan percuma.

Dan untuk menghias kedai blog anda juga tidaklah begitu rumit sekiranya anda mempunyai sedikit asas dalam kerja-kerja mengedit gambar dan juga sedikit asas HTML.

Tetapi perkara yang paling penting dalam sesebuah kedai yang baik adalah seperti di bawah-

  • Paparan yang menarik
  • Kemas dan professional
  • Mudah untuk mencari kategori barangan
  • Penerangan cara pembayaran yang jelas
  • Latar belakang perniagaan
  • Nombor telefon atau alamat email untuk dihubungi

Selain itu, sekiranya anda mempunyai testimoni dari pelanggan, Belalang cadangkan supaya dimasukkan kedalam kedai blog anda. Ia akan menambah keyakinan pelanggan untuk membeli dan berurusan dengan anda.

Dan satu perkara yang paling penting bagi Belalang, pastikan juga yang kedai blog anda tidak terlalu berat dan mengambil masa yang lama untuk loading (banyak kedai blog yang gagal dalam hal ini). Blog yang terlalu berat dan mengambil masa yang lama untuk dilayari akan menyebabkan pelanggan bosan dan tidak mahu datang lagi ke blog anda.

Setakat ini dahulu perkongsian dari Belalang. Sekiranya berkesempatan, untuk entry akan datang, Belalang akan kongsikan beberapa tips menarik berkaitan dengan kedai online 🙂

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • cara buat blogshop (17)

Comments are closed.

Close