Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman meninggal dunia | 25 Mac 2013

Diberitakan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman meninggal dunia sebentar tadi.

Allahyarham, 71, meninggal dunia pada 4.45 petang tadi di kediamannya Kemensah Heights di sini hari ini akibat komplikasi jantung dan jangkitan paru-paru.

Bekas Gabenor Bank Negara Ali Abul Hassan meninggal dunia

Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman

Ketika dihubungi Bernama, menantu Allahyarham, Mohamed Faruk Rahmatullah berkata, Ali Abul Hassan meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Ali Abul Hassan dan tiga anak, seorang lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham adalah gabenor keenam Bank Negara dari tahun 1998 hingga 2000.

Jenazah Dr Ali Abul Hassan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Kemensah Heights selepas solat Zohor esok.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • tan sri ali abul hassan (16)
Close