Band My Chemical Romance berpecah?

Band My Chemical Romance berpecah? Itulah pengumuman yang mengejutkan telah ditulis dalam laman web mereka kelmarin.

Band yang dianggotai oleh Ray Toro, Frank Iero, Mikey Way dan Gerard Way telah pun bersama-sama selama 12 tahun.

My Chemical Romance berpecah

My Chemical Romance.- Gambar carian Google

Sebab utama perpecahan mereka tidak dijelaskan. Namun mereka akui tempoh 12 tahun lalu merupakan satu pengalaman yang tak terbayangkan.

“Berada dalam band ini selama 12 tahun adalah satu rahmat. Kami dapat pergi ke tempat-tempat yang kami tak tahu kami akan pergi, berjumpa dan melalui pengalaman yang kami tidak sangka.

“Kami telah berkongsi pentas dengan orang yang kami kagumi, hormati dan yang terbaik, serta kawan kita. Sekarang, sudah tiba masa untuk kami tamatkan semua ini. Terima kasih atas semua sokongan anda dan juga kerana menjadi sebahagian daripada pengembaraan
kami,”

– Diolah kembali dari guardian.co.uk

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • mcr berpecah (13)
Close