Azzimuddie Berjaya Loloskan Diri | Selamat Pulang Ke Filipina?

Seperti yang dilaporkan akhbar tempatan, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin, telah membuat kesimpulan yang Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram telah berjaya meninggalkan Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina.

Kesimpulan ini dibuat selepas pasukan keselamatan menganalisa beberapa maklumat yang diterima dari sumber risikan.

Lahad Datu: Azimuddie Berjaya Lolos, Tinggalkan Kumpulan Bersendirian - Panglima Angkatan Tentera

Azziudie Kiram (kiri) bersama pengikutnya.- Gambar dari Mstar Online

“Azzimudie telah meninggalkan kumpulannya bersendirian dan tekah melarikan diri ke negaranya,” kata Zulkifeli dalam satu sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada lewat petang Jumaat.

Sementara itu, Ismail berkata daripada maklumbalas daripada pasukan keselamatan di lapangan menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya di sini.

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan, Zulkifeli dan Ismail enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Adakah benar Azzimuddie telah berjaya loloskan diri atau ini helah dari pihak musuh? Belalang harap perkara ini tidak benar. Azzimuddie perlu menerima balasan yang setimpalnya dengan apa yang dibuat oleh dirinya dan pengikut-pengikutnya.

Facebook Comments
Close