Anggota Keselamatan Ditetak | Seorang Pengganas Tumpas 28 Mac 2013

Seorang anggota keselamatan Malaysia ditetak oleh militan pengganas Sulu ketika menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi tadi.

Seperti yang dilaporan BERNAMA, anggota keselamatan tersebut telah ditetak di depan dan belakang badannya oleh seorang lelaki berumur 60-an.

anggota keselamatan ditetak pengganas sulu 28 mac 213

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, bagaimanapun anggota keselamatan kita berjaya melepaskan tembakan dan menyebabkan lelaki tua itu maut.

“Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

“Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai ‘Imam Tua’,”

Imam Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Facebook Comments
Close