Sony Lancarkan Konsul PlayStation 4

PlayStation 3 pun Belalang belum mampu miliki, Sony dah pun lancarkan pula konsul terbaru PlayStation iaitu PlayStation 4 di New York.

“Visi jangka panjang kami adalah untuk mengurangkan masa memuat turun permainan digital hingga ke sifar,” kata Mark Cerny, perancang yang memimpin sistem Sony PS4.

Sony Lancarkan PlayStation 4

Gambar dari Yahoo News

Di bawah ini adalah petikan berita yang Belalang ambil dari Mstar Online-

Syarikat elektronik gergasi Jepun, Sony Corp pada Khamis melancarkan PlayStation generasi baharu, PlayStation 4 (PS4).

PS4 mengetengahkan ciri-ciri permainan video masa depan dalam dunia peranti mudah alih dan aliran internet berasaskan cloud.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sony Computer Entertainment, Andrew House, berkata PS4 bakal memperkenalkan sistem konsol itu yang dikenali hanya sebuah kotak atau konsol kepada platform yang akan menerajui dunia permainan video sebagai tumpuan permainan masa depan.

Sony lancarkan PlayStation 4

Gambar dari web Independent UK

PS4 dibangunkan bagi membolehkan sistem konsol itu mengenali pemain, sangat ideal sehinggakan ia mampu menjangkakan permainan yang mana akan dimainkan pemiliknya.

Sony juga mengubah suai paparan pengguna di konsol baru yang boleh menyimpan tab pada pilihan pengguna dan menambah ciri-ciri rangkaian sosial.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close