Siti Nurhaliza Mahu Aktif Dalam Dunia Politik?

Gara-gara telah memakai tudung dengan sempurna, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dikaitkan dengan satu cerita kononnya penyanyi ini mahu bergiat aktif dalam dunia politik.

Perkara ini berkait rapat dengan artis-artis wanita tanah air yang dapat dilihat setelah berhijrah, mereka menjadi aktif dalam berpolitik. Benarkah dakwaan itu?

Siti Nurhaliza Bertudung Bukan Untuk Berpolitik

Siti Nurhaliza bertudung sempurna. Gambar dari Mstar Online

Berkata pada Mstar Online, niat Siti memakai tudung adalah ikhlas seperti mana dituntut oleh agama Islam dan bukan kerana faktor-faktor lain.

“Saya tidak pernah terfikir untuk bertudung kerana politik tetapi berniat untuk menutup aurat telah lama dibuat dan Alhamdulillah pada ulang tahun ke-34 Januari lalu hati saya telah dibuka Allah untuk berbuat demikian,”

Siti turut menjelaskan setakat ini belum ada pihak daripada mana-mana parti politik yang memintanya untuk menyampaikan ceramah di majlis-majlis tertentu dan tidak berniat untuk berbuat demikian.

Mungkin yang mereka cerita mengenai hal ini teringin nak melihat Datuk Siti Nurhaliza dalam arena politik pula? 😉

Facebook Comments

Comments are closed.

Close