Sinopsis & Video Trailer Gila-gila Remaja 2

Filem Gila-gila Remaja pernah menjadi kegilaan remaja sekitar tahun 1986 dahulu. Malah tidak salah jika dikatakan filem ini terus menjadi tontonan remaja yang sedang menuju ke arah kedewasaan.

Menyedari impak besar filem ini ini, pengarah V.Nagaraj cuba mengembalikan zaman kegemilangan filem ini menerusi Gila-gila Remaja 2 yang akan ditayangkan pada 21 Mac 2013.

sinopsis gila-gila remaja 2 | 21 mac 2013

Memandang filem ini tiada sinopsis lengkap, Belalang hanya membuat rumusan jalan cerita dengan mononton trailer filem ini.

Belalang rasa filem ini seperti mempunyai jalan cerita yang berbeza dengan versi terdahulu. Mungkin pengarah mahu memberi nafas baru pada filem ini. Pun begitu plot ceritanya masih lagi sama tentang pelajar-pelajar kolej yang nakal.

Dalam video trailer ini juga, kelihatan pelakon utama filem Gila-gila Remaja dahulu iaitu Faizal Hussein turut berlakon. Wah, adakah dia masih memegang watak sebagai Azroy?

Pelakon-pelakon utama filem ini ialah Hairul Azreen, Faralyna Idris, Fizz Fairuz dan Taiyuddin Bakar.

Harapnya filem lama yang diberi nafas baru ini mampu menyaingi kehebatan filemnya sebelum ini.

Jangan pula jadi seperti filem Azura 2012 🙂

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pelakon gila gila remaja 2 (147)
  • gila gila remaja 2 (72)
  • sinopsis gila gila remaja 2 (43)
  • pelakon gila-gila remaja 2 (41)
  • nama pelakon gila gila remaja 2 (39)
  • gila-gila remaja 2 (31)
  • gila gila remaja 2 sinopsis (28)
  • gila gila remaja 2 pelakon (25)
  • sinopsis gila-gila remaja 2 (18)
  • tarikh tayangan gila gila remaja 2 (11)

Comments are closed.

Close