Siapa Juara Program Realiti Direman Kerana Rogol Kekasih?

Seorang juara nyanyian yang lahir dari sebuah program realiti direman enam hari bermula semalam kerana disyaki merogol kekasihnya.

Menurut berita yang dipetik dari akhbar Sinar Harian, perintah reman ke atas penyanyi itu dikeluarkan oleh Pendaftar Nur Haizan Abdul Rahman di Mahkamah Majistret Ampang di sini.

Penyanyi program realiti direman

Gambar hiasan

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas suspek dibuat bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sekiranya didapati bersalah, penyanyi itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Menyentuh mengenai kejadian itu, mangsa yang merupakan teman wanita suspek dirogol kira-kira jam 12.40 tengah hari, 31 Januari lalu ketika bersama penyanyi itu di rumahnya di Ukay Perdana, dekat sini.

Mangsa mendakwa dia tidak melawan kerana takut dicederakan.

Suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam di Taman Melati dekat sini setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Agak-agak siapa ya penyanyi realiti tersebut? Kita tunggu saja hingga namanya diumumkan kelak 😉

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • penyanyi rogol kekasih (34)
  • artis realiti rogol kekasih (22)
  • penyanyi program realiti direman (16)
  • penyanyi realiti rogol kekasih (14)
  • artis realiti rogol (11)
  • siapa penyanyi rogol kekasih (10)
Close