Remaja 19 Tahun Maut Motosikal Bertembung Kereta Di Kota Tinggi

Di Kota Tinggi, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta.

Kejadian yang berlaku di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi ini menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fitri Zamali, dari Kampung Sungai Sembilang, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tempat kejadian.

Remaja maut motosikal bertembung dengan kereta

Misrul Nizam (empat,kanan) mengangkat jenazah Mohd Fitri menaiki van jenazah. Gambar dari Sinar Harian

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid, siasatan awal pihak polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Saga.

“Kereta Proton Saga itu daripada arah Sungai Rengit menuju ke Kota Tinggi, manakala motosikal terbabit dari arah Kota Tinggi. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan tiga penumpang kereta Proton Saga dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk menerima rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan,”

Jenazah Allahyarham Mohd Fitri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sembilang, di sini.

– Sinar Harian

Facebook Comments
Close