Rakaman Pengasuh Pukul Muka Bayi 5 Bulan

Perbuatan seorang pengasuh menampar-nampar muka bayi yang dijaganya telah berjaya dirakam oleh sebuah kamera tersembunyi di kediaman kanak-kanak malang itu di Staten Island.

Ibu kepada bayi berusia 5 bulan tersebut telah mengesyaki sesuatu terhadap pengasuh bernama Mamura Nasirova tersebut, lantas telah mengambil keputusan untuk merakam secara sembunyi tindak-tanduk Nasirova.

pengasuh dera budak

Video berada di bawah

Dalam rakaman yang berdurasi 1 minit 17 saat ini, Nasirova telah menampar dengan kuat di wajah bayi tersebut sebanyak tiga kali kerana enggan menyusu.

Laporan polis telah dibuat oleh ibu bapa bayi tersebut pada 1 Februari. Dua hari selepas itu polis telah menahan Nasirova di kediaman keluarganya.

Nasirova dilaporkan berkeras dan cuba berlawan dengan pihak polis yang datang untuk menahannya.

Nasirova kini menghadapi tuduhan membahayakan kebajikan kanak-kanak dan cuba menentang penangkapan, dan dia sedang ditempatkan di Pulau Rikers.

Nama Nasirova juga telah disenarai hitamkan dari laman web yang menawarkan perkhidmatan asuhan kanak-kanak di Russia.

– Diterjemah kembali dari Dailymail

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • orang gaji pukul bayi (17)
Close