Penyanyi Black Tegaskan Tetap Enggan Dedah Siapa Tunangnya

Penyanyi Black atau nama sebenar Hanifah Md. Hanafiah, 26, rupanya dalam diam-diam telah bertunang dengan seorang gadis pilihan hatinya. Walau bagaipun, Black bertegas tidak akan sekali-kali mendedahkan identiti tunangnya.

Hal ini diputuskan atas permintaan tunangnya dan juga keluarga sebelah perempuan yang mahu perkara iini dirahsiakan.

Black Bertegas Enggan Dedah Identiti Tunang

Gambar Black- Gambar dari Mstar Online

“Alam pertunangan ini banyak dugaannya, saya bimbang dengan pendedahan berlebihan mengenai tunang mungkin menimbulkan masalah lain pula nanti.

“Cukuplah saya katakan dia seorang wanita terpelajar dan kami ambil keputusan untuk bertunang selepas dua bulan berkenalan. Keluarga tunang saya tidak mahu pertunangan kami digembar-gemburkan lainlah kalau perkahwinan,”

Antara petikan kata-kata Black yang Belalang kongsikan dari portal Mstar Online.

Black dan gadis berkenaan mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Facebook Comments
Close