Pengalaman Pertama Berniaga Di eBay

Pendapatan melalui blog dah cerita. Affiliate pun dah terangkan. Tentang Agen Dropshipping pun Belalang sudah kongsikan. Kali ni Belalang nak kongsikan pengalaman Belalang berniaga di ebay pula.

Rasanya rata-rata pembaca dah sedia maklum apa itu ebay.com kan? Kalau tak tahu, ebay ialah satu laman tempat menjual beli sama seperti mudah.my dan lelong.com.my. Kelebihan berniaga di ebay ialah produk kita dapat dipasarkan keseluruh dunia! ya, seluruh dunia ye.

berniaga di ebay

Logo eBay

Kisahnya bermula pada awal tahun lepas, ketika Belalang menghadapi masalah income blog yang tidak stabil. Puas difikir-fikir bagaimana mahu selesaikannya. Alih-alih Belalang putuskan untuk mencuba sesuatu yang baru, yang belum pernah Belalang cuba.

Macam-macam bisnes internet yang Belalang baca dan kaji. Akhirnya Belalang rasa mahu memulakan langkah di ebay. Tapi masalah yang Belalang hadapi ialah Belalang tiada mentor atau orang yang Belalang kenal berniaga di ebay.

Sedang Belalang mencari jalan bagaimana nak bermula di ebay, akhirnya Belalang telah menemui satu ebook yang telah mengajar Belalang dari A to Z berniaga di ebay. Ebook yang Belalang maksudkan ialah ‘Bisnes Mainan – Buat Duit Dengan eBay

Belalang beli dan Belalang praktikkan segala yang diajar dalam ebook ini. Alhamdulillah segala yang diajar dalam ebook ini sangat-sangat membantu Belalang yang buta ebay ni πŸ™‚

Hingga ke hari ini Belalang masih aktif menjual secara part-time di ebay. Pendapatan Belalang setiap minggu semakin baik. Barang jualan Belalang juga sudah sampai ke merata negara seperti Greece, Jerman, Australia, Sepanyol dan lain-lain negara yang Belalang tak pernah pun terfikir sebelum ini barang jualan Belalang akan sampai ke sana.

Bagi yang ingin merasa bagaimana seronoknya berniaga di ebay, Belalang sangat-sangat syorkan untuk mencuba segala apa yang diajar dalam ebook bisnes mainan ini kerana niche barang mainan yang dikongsikan oleh penulis ebook ini, saudara Affendi, sememangnya niche barang mainan yang sentiasa mendapat permintaan di ebay. Mainan apa? Kena la baca ebook ini πŸ˜‰

Bisnes Mainan – Buat Duit Dengan eBay

Dengarnya ebook ini dah ditambah halaman muka suratnya sebanyak 100 lagi. Beberapa niche mainan baru juga turut dikongsikan oleh Affendi. Rugi ni kalau tak dapatkan.

BONUS untuk anda yang mulai bersemangat untuk berniaga di ebay. download ebook ini denganΒ PERCUMA! 10 Persediaan Awal Permulaan Di eBay

Terima kasih kerana membaca…

Incoming search terms:

  • pengalaman berniaga ebay (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close