Pelakon Kuswadinata Meninggal Dunia 16 Feb 2013

Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia petang tadi di Hospital Ampang setelah dimasukkan ke hospital itu sejak 9 Februari lalu.

Arwah meninggal akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak empat tahun lalu.

Pelakon Kuswadinata Meninggal Dunia 16 Feb 2013

Kuswadinata ketika diziarahi rakan-rakan artis. Gambar dari SInar Harian

Kuswadinata dilaporkan tenat semenjak hari pertama di bawa ke hospital lagi.

Allahyarham meninggalkan isteri, Kamariah Mohd Said, 57, dan empat orang anak, Jasmine, 27, Hafsham, 26, Irwan, 25 dan Rizal, 23 tahun.

Semasa hayatnya, Allahyarham pernah membintangi beberapa filem bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee, antaranya Seniman Bujang Lapok dan Antara Dua Darjat.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-fatihah

Facebook Comments
Close