Pelakon Fauziah Gous Usahakan Sarang Burung Walit

Belalang rasa Fauziah Gous mungkin satu-satunya artis pertama tanah air kita yang mencuba bidang perusahaan industri sarang burung walit.

Bukanlah sesuatu yang baru orang melayu mengusaha industri ini, cumanya ia masih belum diterokai sepenuhnya oleh golongan bumiputra.

Fouziah Gous kini pengusaha sarang burung Walet

Fouziah Gous kini pengusaha sarang burung Walet. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

Seperti petikan yang Belalang ambil dari Mstar Online, Fouziah berkata, dia telah mempelajari selok belok perniagaan sarang burung walit selama setahun dan ingin mengajar masyarakat Melayu tentang kebaikannya yang diterajui oleh golongan bangsa Cina sejak dahulu lagi.

“Perniagaan sarang burung walit antara perniagaan yang sangat menguntungkan. Bagi orang Cina, sarang burung ini adalah emas.

“Saya telah menjalani beberapa kursus dan mempelajari mengenai apakah burung Walit itu sehingga ia menghasilkan sarang.

“Kalau boleh, saya mahu mendidik golongan Melayu untuk mengenali perniagaan ini lebih-lebih lagi ia digunakan sebagai makanan kesihatan untuk mata, asma serta agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru,”

Fouziah yang menjadi pengedar di bawah nama My Walet Bird Nest, akan mengedarkan produknya itu ke beberapa farmasi dan setakat ini ia masih lagi dalam persiapan label sebelum ianya dilancarkan.

“Tidak sabar rasanya mahu memasarkan produk ini kerana ia benar-benar bagus. Memperkenalkan produk ini kepada orang Melayu juga merupakan satu cabaran buat saya, diharapkan ia berjaya,”

Incoming search terms:

  • fauziah gaus (19)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close