Pelakon Faezah Elai Selamat Lahirkan Cahaya Mata Pertama

Pelakon Faezah Elai dikhabarkan telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertamanya di ibu negara sekitar tengah malam tadi.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh suaminya, Heykal Hanifah, melalui laman sosial Twitter.

Faezah Elai selamat melahirkan anak pertama

Faezah Elai

“Alhamdulillah 7.03 malam, sayangku telah selamat bersalin. Syukur padamu Ya ALLAH,” tulisnya kira-kira sejam selepas kelahiran anak sulung mereka.

Mesej itu kemudiannya dibalas Faezah dengan menulis, “alhamdulillah terima kasih atas doanya.”

Walau bagaimanapun, jantina bayi mereka masih belum dapat dketahui oleh peminat. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2011.

Kepada Faezah dan Heykal, tahniah diucapkan diatas kelahiran cahaya mata pertama ini. Semoga ia akan menambahkan ikatan kasih sayang kekeluargaan anda dan pasangan 🙂

Facebook Comments
Close