Pelajar Tingkatan Tiga Maut Terkena Renjatan Elektrik

Seorang pelajar tingkatan tiga yang ingin melintas jalan untuk menunggu bas pulang ke rumah, maut terkena renjatan elektrik dari sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian, Kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 petang itu menimpa pelajar malang bernama Mohammad Amirul Syafiq Halim, 15, di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar.

pelajar tingkatan tiga maut terkena renjatan ekektrik

Gambar hiasan

Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan ke Klinik Kesihatan Kapar.

Bapa mangsa, Halim Mohd Ismail, 38, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 1.20 petang semalam.

“Saya difahamkan anak saya berada di situ sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

“Sebaik melintasi kotak itu, arwah terkena renjatan elektrik dan berada dalam keadaan berdiri tegak,” katanya di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini, semalam.

Dia berkata, mangsa anak sulung daripada empat beradik dan bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah tahun ini.

“Arwah seorang pendiam dan tidak banyak bercakap. Kali terakhir saya bersembang dengannya pada 6 pagi tadi (semalam) sebelum pergi ke sekolah.

“Kami sekeluarga reda, tapi berharap pihak terbabit peka dan menutup segera kotak kabel elektrik itu untuk memastikan kejadian sama tidak berulang,” katanya.

**Lagi berita penuh di web rasmi Sinar Harian

Facebook Comments
Close