Pelajar Tingkatan Lima SMK King Edward VII Parah Dipanah Petir

Kata orang, malang tak berbau. Seorang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah King Edward VII diberitakan parah selepas dipanah petir di padang sekolahnya.

Kejadian menakutkan ini berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam ketika mangsa dan juga beberapa orang rakannya bermain bola.

Pelajar tingkatan lima cedera kena petir

Hanesh ditemani ibu dan bapanya, R. Sokalingam ketika masih dirawat di hospital. Dia dibenar pulang hari ini- Gambar Sinar Harian

Menurut sumber dari Sinar Harian, bapa mangsa P. Ravindran, 50, menerima panggilan daripada pihak sekolah kira-kira jam 5.47 petang yang menyatakan anak bongsu, R. Dheenesh Kumar, 17, terkena panahan petir.

Difahamkan juga ketika kejadian, anak bongsu daripada tiga beradik itu bersama seorang lagi pelajar sedang bermain bola di padang dan lima lagi pelajar berumur antara 15 hingga 17 tahun sedang duduk sambil melihat anaknya bermain.

“Semua mereka mengalami sedikit kecederaan dan ada juga yang pengsan selepas terkena panahan tersebut,” jelas P. Ravindran.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close