Live Streaming Kelantan vs Simen Padang 2 Feb 2013

Peminat-peminat setia pasukan The Red Warrior, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan diantara Kelantan vs Simen Padang yang akan berlangsung malam ini di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, secara langsung di TV1 dan juga blog ini.

Selepas melalui beberapa perlawanan dengan persembahan yang sedikit hambar, perlawanan persahabatan malam ini bakal menjadi medan The Red Warriors (TRW) mencari kombinasi penyudah terbaik sebelum berdepan Selangor yang dipimpin Irfan Bakti Abu Salim.

kelantan vs semen padang 2 feb 2013

Jurulatih Bojan Hodak, berpeluang menilai dua pemain muda yang baru sembuh daripada kecederaan, Izuan Salahuddin dan Mohd Faiz Subri selain dua pemain pertahanan Azizi Mat Rose serta Mohd Farisham Ismail.

“Perlawanan ini menjadi medan ujian menilai ketajaman penyerang dan menguji pemain yang baru sembuh daripada kecederaan.

“Walaupun tidak mempunyai perlawanan dalam masa tiga minggu, kita berusaha memastikan Kelantan bangkit selepas masa rehat tamat,” katanya pada sidang media perlawanan persahabatan dengan Semen Padang FC di Hotel Grand River View, Kota Bharu, semalam.

LIVE STREAMING KELANTAN VS SEMEN PADANG 2 FEBRUARI 2013 (KLIK SINI)

Jadi jangan lupa untuk kembali lagi ke blog ini bagi menyaksikan perlawanan diantara Kelantan vs Simen Padang, bermula 8:45 malam ini secara live streaming di blog ini.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kelantan vs simen padang (17)
Close