Gempar! Video Meteor Meletup Di Russia | 500 Orang Cedera

Terasa macam melihat filem Armageddon pula rasanya, tetapi ini realiti yang berlaku. Di Chelyabinsk, Russia, penduduk di sana digemparkan apabila meteorit dari angkasa telah meletup ketika orang ramai sedang bersiap-siap untuk pergi bekerja.

Kejadian itu telah berjaya dirakam oleh beberapa orang awam melalui kamera yang dipasang pada kereta.

Meteorit meletup di Rusia

Gambar dari Rauters

Dalam video yang sedang tersebar di laman Youtube, kelihatan satu cahaya putih panjang dari langit, sebelum ia bertukar menjadi satu cahaya putih yang terang.

“Saya sedang memandu kereta untuk pergi bekerja, waktu itu keadaan masih gelap, tetapi tiba-tiba menjadi terang seolah-olah hari telah siang,” kata Viktor Prokofiev, 36, warga Yekaterinburg.

“Terasa seperti mata ini buta akibat cahaya silau itu,” katanya lagi.

Kemunculan meteor itu telah menyebabkan kaca tingkap pecah, lantai bergegar dan talian telefon menjadi terganggu.

Kementerian Dalam Negeri mengatakan letupan meteorit tersebut telah menyebabkan terjadinya letupan sonik.

Kementerian Kecemasan Russia berkata, 514 orang telah mendapatkan bantuan perubatan akibat luka ringan daripada serpihan kaca, 112 daripada mereka dikejarkan ke hospital.

Sebuah kumpulan khas telah dibentuk untuk mencari sisa-sisa meteorit tersebut.

NASA menganggarkan saiz metoerit itu sekitar 46 meter dalam diameter.

– Diterjemah kembali dari YahooNews!

Facebook Comments
Close