Gambar Wanita Terjatuh Dari Tingkat Enam Di Times Square

Pengunjung yang sedang membeli-belah di Times Square hari ini gempar apabila seorang wanita terjatuh dari tingkat enam kompleks itu.

Menurut akhbar Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada pukul 11 pagi itu, telah menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Choo Czek Yeng, 36, maut serta merta ditempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala.

Pengunjung gempar wanita terjatuh di Times Square

Wanita terjatuh dari tingkat enam di Times Square. Gambar dari blog MPP Online

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis menerima panggilan pada 11.25 pagi dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas.

Sementara itu, seorang saksi (lelaki) yang enggan dikenali berkata sebelum kejadian itu, kira-kira 10 pagi, wanita berkenaan dilihat berdiri di bahagian penghadang tingkat enam pusat beli-belah tersebut.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • choo czek yeng (11)
Close