Gambar & Perkembangan Terbaru Edika Yusof | Kekal Botak Kerana Nazar

Sudah lama rasanya kita tidak mendengar cerita tentang pelakon Edika Yusof. Bagi generasi nama ini mungkin terlalu asing bagi mereka. Tapi tidak bagi peminat filem sekitar tahun 90-an.

Menerusi portal Mstar Online, Belalang membaca mengenai perkembangan terbaru Edika Yusof, 45. Rupanya Edika Yusof sekarang ini berimej botak. Ini semua dilakukan kerana nazarnya kepada isteri tercinta, Norhidayah Yusri.

Edika Yusof Kekal Botak Selagi Penyakit Isteri Belum Pulih

Edika Yusof- Gambar dari Mstar Online

Isteri Edika Yusof mengalami lumpuh separuh badan akibat menghidap demam panas selepas melahirkan anak kedua.

“Isteri saya mengalami lumpuh dari bahagian badan sehingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua kami. Akibat penyakit itu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan sayalah yang menjaganya selama ini,”

Edika tidak menganggap menjaga isteri yang sakit ini sebagai masalah besar memandangkan Norhidayah masih boleh bergerak menggunakan kerusi roda elektrik kerana paras dadanya ke atas tidak mengalami sebarang masalah.

“Kami bahagia bersama anak-anak dan Alhamdulillah, saya dapat menjaga keluarga saya dengan baik tanpa perlu mengambil pembantu rumah”.

Hasil perkahwinannya dengan Norhidayah sejak 10 tahun lalu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Fardeen Nurulhaq, 9, dan Fareena Nurulhaq, 8, serta seorang anak angkat Nazirul Afiq yang berusia 14 tahun.

Edika juga berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia seni sekiranya mendapat tawaran dari mana-mana pihak.

“Saya berhasrat untuk berlakon semula tetapi biarlah watak-watak yang hendak diberikan kepada saya itu benar-benar mencabar dan bukannya watak retorik seperti anak orang kaya dan juga lelaki mata keranjang,”

Semoga Edika dan Norhidayah kekal bahagia. Harapnya Norhidayah akan dapat kembali pulih seperti sediakala.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • edika yusof kahwin (192)
  • edika yusof terkini (79)
  • edika yusof (55)
  • edika yusuf (37)
  • edika yusof dan keluarga (25)
  • gambar isteri edika yusof (13)
Close