Gambar Kesesakan Teruk Di Jambatan Pulau Pinang Akibat Kerosakan Besi Penyambung

Kalau dahulu sebelum Jambatan Pulau Pinang dinaik taraf dengan menambah satu lagi lorong di kedua-dua bahagian, kesesakan di atas Jambatan adalah perkara biasa.

Namun masalah sesak atas Jambatan Pulau Pinang tidak lagi kedengaran semenjak ditambah satu lorong lagi.

Jambatan Pulau Pinang Sesak Akibat Kerosakan Besi Penyambung

Kesesakan di atas Jambatan Pulau Pinang. Gambar dari Mstar Online

Tetapi pada hari ini, satu kesesakan luar biasa telah berlaku di atas Jambatan Pulau Pinang yang puncanya dikenal pasti daripada kerosakan pada tiang penyambung ditengah-tengah jambatan.

Keadaan ini telah menyebabkan berlakukany kesesakan hingga 3KM panjangnya dari Seberang Jaya.

Menurut kata Pegawai Operasi Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)Amran Ahmad berkata, pihaknya mengenalpasti masalah teknikal pada besi penghubung jambatan sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedang menunggu laporan lanjut dari kontraktor bertugas.

Jambatan Pulau Pinang Sesak Akibat Kerosakan Besi Penyambung

Kesesakan teruk di pintu masuk ke Jambatan Pulau Pinang. Gambar dari Mstar Online

“Kita mengesan masalah ini pada pukul 10.37 pagi tadi. Setakat ini hanya satu lorong di bahagian tengah ditutup dan kita masih tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk memulihkannya,”

Harapnya perkara sebegini tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • gambar jambatan pulau pinang (491)
  • gambar jambatan pulau pinang retak (12)
Close