Gambar Kereta Api Sinaran Utara Tergelincir Dari Landasan

Baru-baru ni baru sahaja Belalang naik kereta api untuk ke Kuala Lumpur, hari ni keluar pula berita tentang kereta api tergelincir di Bukit Mertajam. Terus rasa seriau 😛

Menurut berita yang Belalang petik di Mstar Online, kereta api yang membawa 150 penumpang ini tergelincir daripada landasan di Bukit Mertajam pada 2.45 petang Sabtu.

Kereta Api Tergelincir Berhampiran Bukit Mertajam, Tiada Penumpang Cedera

Kereta api milik KTM yang dalam perjalanan menghala ke selatan tergelincir daripada landasan di Bukit Mertajam pada pukul 2.45 petang, Sabtu. Kejadian tersebut menyebabkan enjinnya terbakar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Namun begitu tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Kejadian ini telah menyebabkan enjin kereta api ini terbakar.

Keretapi Sinaran Utara yang dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur tergelincir daripada landasannya di KM13.5 antara Bukit Mertajam dan Simpang Ampat.

Jurucakap KTM Berhad berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan berkenaan.

“Semua penumpang dipindahkan ke stesen berhampiran menggunakan bas bagi membolehkan mereka menaiki keretapi seterusnya ke Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau menambah insiden tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang gangguan terhadap perjalanan kereta api.

Facebook Comments
Close