FAM Tak Benarkan PKNS Guna Nazmi Faiz Lebih Awal

Kebelakangan ini isu Nazmi Faiz kembali pulang ke Malaysia untuk bersama pasukan PKNS mendapat perhatian pelbagai pihak. Kebanyakkanya tidak bersetuju dengan keputusan Nazmi Faiz meninggalkan kelab Beira Mar.

Terbaru, dikhabarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak permohonan PKNS untuk menggunakan khidmat Nazmi Faiz lebih awal dalam saingan Liga Super 2013 kerana terikat dengan beberapa peraturan.

FAM tolak permohonan PKNS-Nazmi

Mohd Nazmi Faiz Mansor

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, PKNS perlu menunggu tempoh pendaftaran pemain baru yang telah ditetapkan oleh badan itu.

“Kita terpaksa menolak permohonan ini berdasarkan beberapa peraturan, antaranya pemain yang ingin didaftarkan perlu menunggu sehingga tempoh perpindahan kedua dibuka April ini,”

Penolakkan FAM berdasarkan peraturan semasa yang mengehendaki semua pasukan yang ingin mendaftarkan pemain baru perlu mematuhi tempoh perpindahan kedua iaitu April ini.

Facebook Comments
Close