Cara Cari Idea Memulakan Perniagaan

Kebanyakkan dikalangan mereka yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan, akan menghadapi dilema untuk memilih memulakan model bisnes perniagaan yang bagaimana.

Ok, di sini ada dua cara yang Belalang rasa mungkin boleh membantu mereka yang ingin mencari idea memulakan perniagaan.

Cara mencari idea perniagaan

Gambar hiasan

Belalang pernah hadiri beberapa kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak MARA dan perkara ini pernah di bincangkan di dalam kursus-kursus tersebut.

Cara pertama ialah dengan melihat sekeliling kita. Cuba lihat apa masalah yang dihadapi orang ramai pada hari ini, dan anda cuba cari jalan atau produk yang dapat menyelesaikan masalah golongan ini. Seperti contoh alat penjimatan minyak. Produk ini dihasilkan untuk meringankan beban pengguna kenderaan yang menghadapi masalah kewangan kerana harga minyak yang melambung. Tengok, orang yang mencipta alat ini dapat mengesan punca masalah dan mencipta alat penyelesaiannya 🙂

Cara Kedua pula mungkin sedikit kurang berkesan untuk jangka masa panjang, tetapi tetap boleh membantu anda untuk memulakan perniagaan. Caranya ialah melihat produk atau model bisnes bagaimana yang sedang mendapat permintaan dalam pasaran? Contohnya, sekarang ini Belalang lihat orang mencari-cari produk rumpai laut atau pure marine collagen. Sekiranya anda bijak merebut peluang, anda boleh mulakan bisnes dengan menjual produk yang sedang mendapat permintaan ini.

Ok, itulah dua kaedah yang dapat Belalang kongsikan. Mungkin masih ada teknik atau lain-lain cara dalam mencari idea ini. Sekiranya ada, jangan segan-segan untuk berkongsikannya di ruangan komen di bawah 🙂

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • perniagaan guna lori (14)

Comments are closed.

Close