4 Tips Penting Dropship Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum ini Belalang pernah berkongsikan info mengenai dropship dalam entry yang bertajuk ‘Permulaan Bisnes Drop Shipping | Apa Itu Dropship?’ (klik). Belum baca lagi? dipersilakan untuk anda membaca entry tersebut terlebih dahulu sebelum baca entry ini.

Ok, Kali ini Belalang akan kongsikan 4 tips penting dalam memulakan perniagaan dropshipping.

4 Tips Penting Dropship yang perlu diketahui

Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang baru menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. Konsep dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal

Jom kita lihat 4 tips bagaimana melakukan jualan dari konsep dropship. Kebanyakan cara ini dilakukan oleh Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di internet.

  1. Kaji pasaran sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan / produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana ia akan berubah setiap masa.
  2. Cari dropship yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Ada yang mengenakan bayaran yuran bulanan dan ada yang percuma tidak mengenakan sebarang bayaran. Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu kategori barang. Contohnya ada dropship yang cuma menjual barangan elektronik sahaja, ada yang jual barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.
  3. Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh pesaing. Kemudian selepas tentukan harga yang nak dijual pastikan ia memberikan keuntungan. Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit sahaja. Nanti tak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.
  4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh gunakan untuk membuat jualan. Antaranya website, blog, dan laman lelongan seperti Ebay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah anda web E-commerce itu sudah bagus. Cuma tambahkan sahaja rangkaian produk ke dalamnya.

Cukup tak dengan tips-tips diberikan diatas? Sebenarnya masih ada beberapa perkara dan info berguna perlu anda ketahui sebelum memulakan perniagaan dropship.

Jika anda berminat mahu belajar dengan lebih mendalam, apa kata anda ikuti tips dan teknik-teknik rahsia dari tiga orang sifu muda yang bersungguh-sungguh mengajar dan membantu begitu ramai dropship baru membuat duit dalam bisnes ini.

Klik link disebelah untuk berkenalan dengan mereka bertiga –>> (KLIK SINI)

Harap perkongsian tentang dropship ini dapat membantu anda dalam lebih memahami tentang perniagaan ini.

Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close