Video Menakutkan | Kanak-kanak Ini Hampir Diterbangkan Helang

Satu video klip mengenai seorang kanak-kanak hampir diterbangkan oleh seekor helang mulai tersebar dan menjadi bualan apabila video itu pertama kalinya dimuat naik di Youtube pada 18 Disember 2012.

Video menakutkan ini telah berjaya dirakam oleh seorang juru kamera di sebuah taman. Permulaan video ini menunjukkan juru kamera tersebut sedang merakam pergerakan seekor helang sedang terbang di udara dan apabila secara tiba-tiba dengan lajunya ia turun ke tanah dan cuba membawa lari seorang kanak-kanak yang sedang duduk di atas rumput.

Budak hampir dibawa terbang oleh helang Golden Eagle

Print screen dari video helang larikan kanak-kanak

Terkejut dengan kejadian itu, si perakam terus menjerit memberi amaran manakala lelaki yang dipercayai bapa kanak-kanak tersebut tidak menyedari yang anaknya telah dibawa lari oleh helang besar Amerika Utara itu.

Helang itu telah melepaskan kanak-kanak serta-merta pada ketinggian tiga kaki dari tanah. Kanak-kanak malang itu bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Sekiranya anda merasakan video ini menarik, sudilah kiranya untuk klik button FB share atau Tweet yang ada pada bawah post ini 🙂

– Diterjemah kembali dari CP

Facebook Comments
Close