Video Highlight Pahang 3-2 Johor Darul Takzim 8 Jan 2013

Sangat terhibur Belalang menyaksikan perlawanan liga super diantara Pahang menentang pasukan Johor di Astro Arena Sebentar tadi. Pahang berjaya meraih tiga mata penuh apabila berjaya mengalahkan Johor Darul Takzim jaringan 3-2.

Permulaan babak separuh masa pertama menyaksikan Pahang ketinggal 0-2 apabila Johor menerusi kapten pasukan Safiq rahim dan Khairul Idlan talaha berjaya menjaringkan gol awal.

Video gol Pahang 3-2 Johor Darul Takzim 8 Jan 2013

Masuk babak kedua Pahang melakukan beberap pertukaran pemain dan perubahan taktikal. Hasilnya Pahang berjaya menjaringkan tiga gol sekaligus berjaya memenangi perlawanan ini.

Secara keseluruhan Belalang merasakan kedua-dua pasukan ini bermain dengan cukup baik. Cumanya Johor seperti hilang idea untuk mengatur serangan di separuh masa kedua.

Tahniah kepada Pahang atas permulaan musim liga ini dengan kemenangan yang bergaya. Dan untuk Johor Darul Takzim, pemain bertaraf bintang bukan tiket mudah untuk berjaya, betul tak? 😉

Video penuh highlight perlawanan ini akan Belalang kongsikan selepas ada yang upload di Youtube.

Facebook Comments
Close