Terkini Tahanan Larikan Diri | Dua Di Tembak Mati Polis

Dua daripada 7 tahanan yang bersembunyi selepas melarikan diri Selasa lalu, telah ditembak mati oleh polis. Yang tak tahan tu, lokasi tempat kejadian tembak menembak antara penjenayah tersebut, tersangatlah hampir dengan rumah Belalang. Fuh! takut juga ni.

Menurut seperti apa yang ditulis dalam akhbar Sinar Harian, penjenayah tersebut mempunyai senjata dan memandu kereta jenis Proton Perdana.

Polis tembak mati 2 daripada 7 tahanan lolos

gambar hiasan – Polis tembak mati 2 daripada 7 tahanan lolos

Tayar kereta mereka ditembak dan menyebabkan kereta yang dipandu terbabas ke tali air. Selepas itu berlaku tembak menembak antara polis dan penjenayah.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengetuai pasukan khas memburu tahanan terbabit berkata, kedua-dua penjenayah itu ditemui menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

“Polis kemudian melepaskan tembakan pada tayar kereta itu yang menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum kereta itu terhumban ke dalam sungai dan kemudian berlaku tembak menembak,” katanya kepada Bernama.

Polis masih belum dapat mengesahkan identiti penjenayah yang ditembak mati itu.

Katanya, bertindak atas malumat awam, polis juga menyerbu kawasan hutan di kampung berkenaan dan ternampak kelibat beberapa lagi penjenayah terbabit tetapi mereka sempat melarikan diri.

Terdahulu itu, polis menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah itu didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi.

Abdul Rahim berkata polis terus melancarkan operasi memburu lima lagi lelaki terbabit hingga ke sempadan Kedah tetapi percaya mereka masih berada di kawasan ladang kelapa sawit itu.

Harapnya saki baki mereka ini akan segera diberkas. Seminggu lebih sudah kami di sini sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. Supaya ini semua akan segera berakhir.

Facebook Comments
Close