Terbaru Tahanan Larikan Diri | Seorang Ditahan | Dua Serah Diri

PERKEMBANGAN TERBARU TAHANAN LARIKAN DIRI | Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan pihak mereka berjaya menahan seorang lagi tahanan larikan diri Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, di sebuah siber cafe di Berapit, Bukit Mertajam.

Tahanan tersebut dipercayai bersembunyi di siber cafe tersebut bagi mengelak daripada buruan pihak polis.

“Dia berada dalam kafe itu bagi mengelak dikesan polis, tetapi usahanya gagal kerana kita telah mendapat maklumat tentang dia dan berjaya menahannya,” Kata Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Sebelum itu, tahanan itu yang dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam dipercayai menjadikan seorang remaja 19 tahun sebagai tebusan juga dilepaskan kembali dalam keadaan selamat.

“Khairul Anas ditemui selamat oleh orang awam sebelum penemuannya dimaklumkan kepada polis dan remaja itu dibawa ke Balai Polis Kubang Semang untuk merekodkan keterangan,”

Semalam, polis menahan Mohamad Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti, pukul 10 malam.

Polis kini meneruskan memburu dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37, serta Hisham Abdul Rahman, 39, polis percaya mereka masih berada di sekitar Permatang Pauh.

– Mstar

Incoming search terms:

  • berita terkini perkembangan tahanan di bukit mertajam (10)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close