Sinopsis & Video Trailer Rock Oo | Rimba Bara Kembali

Sinambungan kepada filem sebelum ini iaitu ‘Rock’. Filem ‘Rock Oo, Rimba Bara Kembali‘ arahan Mamat Khalid ini pastinya akan mengajak peminat-peminat terdahulu filem ini untuk sekali lagi beramai-ramai ke pawagam terdekat.

Masih lagi mengekalkan pelakon-pelakon sebelum ini dan pelakon-pelakon baru seperti Que Haidar, Khir Rahman, Shoffi Jikan, Pekin dan Azmi Black.

Poster filem Rock Oo

Poster filem Rock Oo

Jalan cerita kali ini juga masih lagi berkisarkan tentang perjuangan band Rimba Bara dalam dunia rock kapak

Sinopsis:

Kumpulan Rimba Bara baru sahaja kehilangan pemain gitar mereka, Zack dan perlu mencari pengganti bagi membolehkan mereka menyertai pertandingan Battle of the Bands.

Setelah bertemu dengan seorang pemain gitar handalan, Slash (Pekin Ibrahim) dan berbekalkan semangat dan bakat serta bantuan bekas pengurus mereka, maka Rimba Bara berhijrah ke Kuala Lumpur.

Tetapi malang menimpa Rimba Bara apabila pengurus mereka hilang tanpa berita, sekali lagi. Kehilangan arah dan kecundang, Rimba Bara bersetuju untuk pulang semula ke Ipoh.

Tidak lama kemudian, Rimba Bara dipukul lagi dengan satu tamparan yang hebat apabila vokalis Zul Kapan (Sofi Jikan) meninggalkan kumpulan mereka dan menyertai musuh ketat, Malaikat Maut.

Ahli-ahli Rimba Bara terpaksa menggagahkan diri dan bersatu untuk menentukan arah perjuangan kumpulan mereka.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air pada 28 Februari 2013. Kepada peminat irama rock terutama sekali peminat Rimba Bara, jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem ini 🙂

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pelakon rock oo (87)
  • ceritamaster rock oo (73)
  • pelakon wanita rock oo (72)
  • barisan pelakon rock oo (46)
  • senarai pelakon rock oo (36)
  • cerita master rock oo (34)
  • pelakon pembantu rock oo (21)
  • rock oo ceritamaster (18)
  • pada suatu cinta dahulu (17)
Close