Sinopsis & Video Trailer Kerat 14

Tentu peminat-peminat Aaron Aziz bakal berpusu-pusu mengunjungi pawagam terdekat untuk mononton filem Kerat 14 yang bakal ditayangkan pada 14 Februari 2013.

Filem arahan Arjin Uppal dibawah syarikat penerbitan Sri Saheb Production Sdn Bhd , White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. ini membariskan beberapa lagi nama pelakon hebat tanah air untuk bergandingan bersama Aaron Aziz seperti Siti Saleha, Fouziah Ghous, Ali Arami, Zamarul Hisham, Arash Mohd dan Azhar Jb

sinopsis & video trailer kerat 14

Poster Kerat 14

Filem berdurasi 84 minit ini mengetengahkan konsep aksi, jenayah dan cinta. Filem ini di klasifikasikan sebagai tontonan umum.

Sinopsis:

Kerat 14 merupakan sebuah filem suspen misteri dan aksi yang bermula dari kisah percintaan Haziq (Aaron Aziz) dan Nuzara (Siti Saleha). Haziq dan Nuzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nuzara kekasihnya.

Dalam masa yang sama Aril (Ali Arami) muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nuzara ketika Nuzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur. Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku dalam kisah cinta Haziq dan Nuzara dan penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman (Zamarul Hisham).

Siapakah yang menjadi mangsa dalam kisah percintaan Nuzara dan Haziq dan dapatkah Aril memiliki cinta Nuzara dan mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nuzara.

Di bawah ini pula video trailer filem Kerat 14

 

Agak-agak best ke tak filem ni?

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • sinopsis kerat 14 (29)
  • gambar aaron aziz (24)
  • kerat 14 sinopsis (17)
Close