Simptom Penyakit Alzheimer | Lupa Ingatan

Kalau sebut penyakit Alzheimer tentu ramai yang tak tahu nama saintifik untuk penyakit apakah itu. Tapi kalau Belalang tulis nyanyuk atau penyakit pelupa, barulah ramai yang tahu. Siap ada yang mengaku lagi dia seorang yang pelupa 😉

Serius ke penyakit Alzheimer ni sebenarnya? Kalau diikutkan rujukan tempat biasa Belalang iaitu WiKipedia, penyakit lupa Alzheimer ni bukan sekadar lupa yang biasa-biasa atau ‘nyanyuk’ yang disebabkan proses penuaan yang normal. Ia sebenarnya satu penyakit yang penyiksakan si pengidapnya.

penyakit Alzheimer atau lupa

Telefilem Selagi Masih Ada yang menceritakan tentang penyakit Alzheimer

Kalau tak silap Belalang, awal tahun sudah 2012, Astro ada tayangkan satu telemovie lakonan Beto Khusairy dan Tunku Norhanis yang bertajuk ‘Selagi Masih Ada’ yang mengisahkan ketabahan seorang suami menjaga isterinya yang mengidap penyakit Alzheimer ini.

Penyakit Alzheimer

  • Penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif
  • Bukannya sejenis penyakit berjangkit
  • Daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri
  • Bukannya `nyanyuk’ yang sekadar satu proses penuaan

Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.

Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.

Sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Peringkat Alzheimer

  • Lupa meletakkan kunci kereta
  • Lupa ambil baki wang
  • Lupa mahu beli apa ketika ke kedai
  • Lupa nombor telefon
  • Lupa berapa dos ubat yang biasa dimakan

Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.

Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.

Secara puratanya, pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai Alzheimer ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan yang diberi pada peringkat awal, boleh membantu memori pesakit seperti kognitif, aktiviti harian dan tingkah laku.

Individu yang berisiko

  • Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas

  • Penghidap penyakit kencing manis diabetes

  • Kurang melakukan senaman

  • Paras kolesterol yang tinggi

  • Faktor keturunan – mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.

Itulah serba sedikit perkongsian pengenai penyakit Alzheimer yang Belalang ambil dari WiKipedia, tapi Belalang pilih point-point penting sahaja supaya tak pening anda membacanya. Harap perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda 🙂

Incoming search terms:

  • penyakit lupa ingatan (57)
  • penyakit lupa (47)
  • penyakit pelupa (33)
  • penyakit hilang ingatan (25)
  • hilang ingatan (15)
  • penyakit alzheimer (13)
  • maksud FND penyakit hilang ingatan (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close