Senarai 26 Pemain Harimau Malaya | Piala Asia 2013 Di Doha

Senarai 26 pemain skuad bola sepak Malaysia atau lebih dikenali dengan jolokkan Harimau Malaya yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), nama ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim digugurkan daripada senarai.

Mengikut kata FAM, Safiq terpaksa digugurkan berikutan masih digantung satu perlawanan antarabangsa selepas menerima kad merah ketika menentang Singapura pada pusingan Kelayakan Piala Dunia.

Safiq Rahim digugurkan daripada senarai 26 pemain Harimau Malaya bagi mengikuti latihan menjelang pusingan kelayakkan Piala Asia 2013 di Doha

Safiq Rahim

“Adalah dimaklumkan barisan kejurulatihan Pasukan Kebangsaan tidak menyenaraikan Safiq Rahim Ketua Pasukan Malaysia bagi perlawanan Qatar dengan Malaysia pada 6 Februari 2013 kerana berpandukan kepada undang-undang AFC.

“Ini adalah disebabkan Safiq Rahim masih digantung satu lagi Perlawanan Antarbangsa akibat menerima kad merah ketika semasa Perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, pada 23 Julai 2011.

“Sehubungan dengan laporan yang disiarkan oleh salah sebuah akhbar yang menyatakan yang Safiq Rahim digugurkan adalah tidak tepat. Beliau tidak disenaraikan atas sebab-sebab teknikal,”

Selain itu beberapa muka baru turut disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya kali ini seperti Muhamad Fauzi Rozlan dari Pahang dan Nor Farhan Muhammad (Kelantan).

Di samping itu, pemain-pemain yang menganggotai skuad Piala Suzuki AFF 2012 yang turut digugurkan Azmi Muslim, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Hazwan Bakri sementara Zubir Azmi serta Baddrol Bakhtiar sekadar diletakkan dalam senarai menunggu.

Senarai penuh 26 pemain bagi kempen kelayakkan Piala Asia

1. Mohd Khyril Muhymeen Zambri
2. Mohd Farizal Marlias
3. Yong Kuong Yong
4. Mahalli Jasuli
5. Norazlan Razali
6. Mohd Bunyamin Umar
7. Asraruddin Putra Omar
8. Gurusamy Govandar Kandasamy
9. Kunalan Subramaniam
10. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
11. Norshahrul Idlan Talaha
12. Mohd Safee Mohd Sali
13. Azamuddin Mohd Akil
14. Muhammad Fauzi Rozlan
15. Khairul Fahmi Che Mat
16. Nik Mohd Shahrul Azim bin Ab Halim
17. Mohd Shakir Shaari
18. Mohd Nor Farhan bin Muhammad
19. Mohd Faizal Muhamad
20. Mohd Ashari bin Samsudin
21. Amiridzwan Taj Tajudin
22. Reuben Thayaparan Kathiripillai
23. Amar Rohidan
24. Mohd Fadhli bin Mohd Shas
25. Wan Zack Haikal Wan Nor
26. Gary Steven Robbat

– Sinar

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • senarai pemain harimau malaya (20)
  • senarai pemain harimau malaya 2013 (18)
  • senarai nama pemain harimau malaya 2013 (15)
  • nama pemain harimau malaya 2013 (10)

Comments are closed.

Close