Sebab Yuna Terpaksa Tarik Diri Dari AJL27

Semenjak bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai sememangnya jarang untuk berada di Malaysia berikutan terikat dengan jadual dari syarikat rakaman di sana.

Terbaru, pengurus kepada Yuna, Nor Zaina Wardah (Wawa) memberitahu yang Yuna terpaksa menarik diri daripada beraksi di pentas Final Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang akan berlangsung Ahad ini.

Yuna Tarik Diri Beraksi Di AJL27

Gambar dari Mstar

Lagu Terukir Di Bintang antara lagu-lagu yang akan dipertandingkan pada malam final AJL27 itu nanti.

Sebab utama Yuna terpaksa menarik diri adalah kerana penyanyi itu sedang dalam proses rakaman lagu terbarunya bersama syarikat rakaman yang baru dinaunginya di Los Angeles.

Bagaimanapun, Yuna membenarkan lagunya iaitu Terukir Di Bintang dipertandingkan dengan menampilkan penyanyi gantian.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close