Rahsia Duit Sampingan Melalui Jawab Survey

Rasanya tentu ada yang pernah dengar tentang cara mudah untuk mendapatkan duit sampingan dengan menjawab survey. Bagi yang belum tahu, untuk tips duit online kali ini Belalang akan kongsikannya.

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang ini, tentu akan merasakan ini sesuatu yang baru. Namun bagi mereka yang dah lama cari duit sampingan dengan program ini, ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malah Belalang pernah membaca seorang budak sekolah tingkatan empat mencari duit topupnya denngan menyertai program-prgram survey atau tinjauan begini.

duit melalui tijauan survey

Contoh salah satu web tinjauan

Ada beberapa program survey yang Belalang sertai. Apabila anda bersetuju untuk menyertai program ini, anda akan menerima email-email mengenai soal jawab dari web yang anda sertai. Soal jawab ini berkaitan dengan sesuatu produk atau taraf hidup yang ingin dipungut oleh syarikat-syarikat besar contoh seperti Samsung dan lain-lain. Tujuannya adalah supaya syarikat ini boleh mengeluarkan sesuatu produk yang sesuai dengan kehendak orang ramai dan anda adalah salah seorang wakil dari orang ramai itu 🙂

Tak faham lagi? Cuba baca petikan di bawah ini yang Belalang salin bulat-bulat dari salah satu web kaji selidik.

AIP Corporation (disebut AIP selepas ini) menyumbang kepada masyarakat dengan membekalkan syarikat-syarikat dan organisasi maklumat secara statistik yang diproses tentang kesedaran pengguna dan keadaan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk yang dikumpul melalui penyelidikan pasaran dan pemasaran dalam talian.
AIP mematuhi undang-undang berkait dengan pengendalian maklumat peribadi, termasuk yang lain-lain, yang digariskan dalam garis panduan yang diberikan kerajaan, “Garis Panduan untuk Perlindungan Maklumat Peribadi dalam Industri Penyelidikan Pemasaran” dan “Tatasusila Penyelidikan Pemasaran” yang ditetapkan oleh “Persatuan Penyelidikan Pasaran Jepun” di mana kami bersetuju mematuhi tatasusila dalam industri penyelidikan pemasaran dalam menjalankan tugas-tugas yang disebut di atas yang berkait dengan perlindungan maklumat peribadi iaitu sumber maklumat kami.
AIP dengan ini mengumumkan kepada pihak-pihak dalam dan luar syarikat bahawa kami mematuhi, mengamalkan dan mengekalkan “Dasar Privasi”, termasuklah mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi secara bersesuaian, dan memberikan perhatian yang mencukupi serta mengambil langkah-langkah yang sesuai demi keselamatan, penjagaan dan pengurusan maklumat yang diberikan pihak yang terikat dengan prinsip ini.

Seperti yang Belalang terangkan di atas, anda akan menerima email berupa soalan-soalan yang perlu anda jawab. Setiap survey yang dihantar mempunyai point. Habis anda menjawab survey, anda akan menerima point. Dan point yang anda kumpul boleh ditebus kepada tunai, voucher atau lain-lain yang ditawarkan oleh web tersebut.

Trick atau tips cara untuk anda mendapat point yang banyak, rajin-rajinkan diri untuk menjawab kesemua survey yang dihantar kepada anda. Macam Belalang ni malas sikit nak buat hari-hari. Sekiranya anda menjawab secara konsisten, tak mustahil setiap bulan anda boleh menebus point.

Berminat nak sertai? sekiranya ya, anda boleh hubungi Belalang di facebook milik Belalang (klik sini) dan selepas itu Belalang akan emailkan link untuk sertai program ini.

Terima kasih

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • tinjauan berbayar (32)

Comments are closed.

Close