PM Umum Manifesto PRU13 Kedah | Bina Litar Lumba Untuk Golongan Belia

Tak perasan pula Belalang, rupanya dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu kerajaan Kedah sekarang ini pernah berjanji untuk membina litar lumba untuk golongan muda.

Mengambil kesempatan pada janji yang masih belum ditunaikan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memasukkan dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) iaitu pembinaan sebuah litar lumba buat golongan muda di Kedah.

Litar Lumba Untuk Belia Kedah

Datuk Seri Najib Tun Razak

Hal ini diucapkan Datuk Seri Najib pada Program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini Khamis.

“Mana dia litar? Saya nak janji pada saudara saudari kita akan masukkan dalam manifesto di Kedah buat litar lumba. Janji kita janji ditepati bukan seperti janji pembangkang,”

Datuk Seri Najib menambah lagi ada juga cadangan daripada Majlis Belia Negeri Kedah supaya kerajaan membantu golongan muda yang hendak berkahwin dalam hal kursus pra-perkahwinan.

“Kita akan masukkan dalam manifesto juga untuk tanggung RM100 bagi setiap kursus dengan syarat untuk perkahwinan pertama dan sekali sahaja. Saya akan luluskan peruntukan nanti.

“Banyak lagi hendak dibuat…tunggu manifesto yang akan kita lancarkan khusus untuk Kedah. kita akan tunjuk kepada rakyat. Masa dah tiba…lima tahun dah cukup, masa perubahan sudah sampai,”

Nampaknya Barisan Nasional negeri Kedah bersungguh-sungguh ingin mendapatkan kembali negeri Jelapang Padi ini kepada mereka. Apa pula strategi Kerajaan Kedah sekarang? 🙂

Facebook Comments
Close