Pizza Hut Lancar Dua Menu Baru Sempena Tahun Baru Cina

Penggemar Pizza Hut sekalian, ini berita baik untuk anda semua. Pizza Hut meraikan Tahun Baru Cina yang bakal tiba dengan pelancaran promosi produk terbarunya, Juadah Golden Harmony.

Dua sajian atau menu terbaru tersebut ialah Piza Golden Crab Claw berserta hidangan sampingan iaitu Golden Platter dan Fizz Golden Passion.

Pizza Hut tawar menu baru

Ahmad Zaki (kanan) dan Pengurus Besar Kanan Pizza Hut, Low Kang Moon (kiri) bersama hidangan Juadah Golden Harmony, selepas pelancarannya di Petaling Jaya, semalam.

“Sambutan perayaan sebegini adalah waktu sesuai untuk diluangkan bersama insan tersayang sambil menikmati juadah hebat.

“Setiap ramuan dalam produk ini mempunyai maksud tersendiri dan gabungan lazat ini amat sempurna untuk dinikmati pada musim perayaan,” Terang Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Zaki Zahid.

Piza Golden Crab Claw merupakan gabungan kerak Pizza Pan yang dilapisi keju parmesan dan ditambah bahan istimewa lain seperti isi ketam, bawang panggang kuning, ayam limau berlada dan potongan nenas.

Hidangan ini kini boleh mula didapati di semua Restoran Pizza Hut seluruh negara dengan harga RM27.90 untuk Piza Golden Crab Claw biasa dan RM36.90 untuk saiz besar. Manakala, Golden Platter dijual dengan harga RM13.90 bagi hidangan ala carte atau RM10.90 dengan pembelian tambahan Kombo Golden Harmony.

– Sinar

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pizza hut terbaru 2013 (31)
  • promosi pizza hut 2013 (23)
  • menu pizza hut terbaru 2013 (14)
  • menu terbaru pizza hut 2013 (13)
  • menu pizza hut terbaru (11)
Close