Pengarah Mamat Khalid Tutup Syarikat Sebab Muflis?

Nama abang Mamat Khalid bukanlah satu nama kecil dalam industri perfileman tanah air. Banyak filem-filem arahan abang Mamat Khalid berjaya menarik perhatian peminat filem tempatan. Namun ada khabar angin yang mengatakan Mamat Khalid muflis gara-gara syarikatnya yang terpaksa gulung tikar.

Benarkah dakwaan itu atau ia sekadar khabar yang dicetuskan oleh orang-orang yang sentiasa iri hati dengan kejayaan Abang Mamat Khalid?

Mamat Khalid

Mamat Khalid

Sewaktu malam gala tayangan filem arahannya berjudul Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Mid Valley di sini, wartawan akhbar online Mstar sempat menanyakan hal ini kepada Abang Mamat Khalid.

“Operasi Naga VXS sebelum ini ada beberapa sekatan. Saya perlu meneruskan kehidupan dengan memulakan perkara baharu.

“Saya bersyukur kerana diberikan peluang kedua apabila dapat menubuhkan syarikat baharu yang kini diuruskan isteri saya iaitu Intan.

“Sudah setahun syarikat Enjit Semut Productions ditubuhkan. Buat masa ini ia beroperasi di rumah kami di Ipoh, Perak,”

Abang Mamat Khalid juga menyagkal dakwaan yang dirinya diisytiharkan muflis gara-gara diperdaya dalam perniagaan.

“Saya bukan diperdaya atau salahkan sesiapa melainkan pengurusan yang tidak betul.

“Ketika perniagaan syarikat itu bermula, kami masih baharu. Banyak yang perlu diperbaiki dan kehidupan harus diteruskan.

“Kalau kita terus mengenang kesilapan lalu, takkan bergerak jadinya. Memilih langkah seterusnya adalah lebih penting,”

Itulah penjelasan sebenar dari pengarah abang Mamat Khalid. Harapnya selepas ini peminat-peminat Mamat Khalid dah jelas dengan perkara ini.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • ummi hafilda kahwin (15)
Close