Pahlawan Negara Kanang Meninggal Dunia

Terkejut Belalang ketika membaca berita tentang Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, yang disahkan telah meninggal dunia tadi sekitar 1:45 pagi Khamis akibat serangan jantung.

Menurut sumber berita dari Mstar online, beliau sebelum itu telah mengadu berasa sakit dada ketika menonton TV di rumahnya. Beberapa ketika kemudian beliau telah pengsan.

Kanang Anak Langkau Meninggal Dunia

Kanang Anak Langkau menunjukkan pingat yang diterimanya semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Darat ketika ditemui di kediamannya pada tahun 2010- fotoBERNAMA

Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.

Beliau satu-satunya penerima Pingat Seri Pahlawan dan Pingat Gagah Berani yang masih hidup.

“Agi Idup Agi Ngelaban”

Facebook Comments
Close