Mulakan Bisnes Online Di Pasaran Tempatan

Salam sejahtera kepada semua. Lama pula Belalang tersangkut dalam berkongsikan pengetahuan mengenai bisnes online. Ok, jom Belalang teruskan lagi tips perniagaan online kali ini. Mulakan bisnes online anda di pasaran tempatan.

Adakah anda sudah mula cuba menjual produk-produk anda di Mudah.my, Facebook, ebay atau tempat-tempat lain di internet ini? Atau pun masih lagi membaca terus membaca tanpa mencuba apa yang dibaca? 😉

mulakan bisnes online di pasaran tempatan

Bukan susah pun nak buat duit dalam USD bila dah tahu caranya

Sekiranya anda masih belum memulakan perniagaan internet dan mahu memulakannya, Belalang cadangkan anda cuba menjual kepada pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum beralih ke pasaran global.

Ini berdasarkan pengalaman Belalang sendiri. Seeloknya anda kumpul dahulu pengalaman seperti pembungkusan, penghantaran, karenah pembeli dan lain-lain lagi yang anda akan jumpa semasa menjalankan bisnes secara online.

Selepas anda dah terbiasa dan merasakan tiada lagi perasaan takut-takut setiap kali pos barangan yang di pesan oleh pelanggan, barulah anda beralih ke pasaran global seperti ebay dan Amazon.

Mulakan mempromosikan produk anda di laman web seperti Mudah.my, Lelong.my Facebook atau forum-forum tempatan.

Ingat, lain tempat lain cara dan budayanya. Kaji dan teliti terlebih dahulu pasaran dan cara mereka diluar sana sebelum anda mencubanya.

Akhir kata dari Belalang, tiada gunanya jika anda banyak membaca cara atau teknik perniagaan sekiranya anda tidak praktik dan mencubanya 🙂

Terima kasih

Facebook Comments
Close