Mudahnya Tempah DOMINO’S Pizza Melalui iPhone

Anda peminat Pizza Domino’s? Bagi Belalang antara Pizza Dominos dan Piza Hut, Belalang suka Domino’s lagi. Selain sedap, ia harganya juga murah sedikit berbanding Pizza Hut.

Bagi pengguna iPhone, Domino’s Malaysia baru melancarkan aplikasi yang memudahkan pelanggan membuat tempahan, mencari cawangan Domino’s paling hampir dan memeriksa status tempahan piza dari iPhones, iPad atau iPod Touch.

Tempah pizza melalui aplikasi iPhone

Seperti kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Domino’s Malaysia dan Singapura, Ba U Shan-Ting, pelanggan membuat tempahan hanya di hujung jari pada bila-bila masa walau di mana berada.

“Dengan pelancaran ini, ia sekali gus menambah satu lagi capaian pertama di Malaysia dalam senarai perkhidmatan kami yang berinovatif termasuk pengenalan web portal untuk tempahan makanan segera pada 2002 dan pengesan GPS pada 2010.

“Kini, untuk pengguna iPhone, tiba masanya untuk anda menikmati piza terbaik kami hanya di hujung jari,”

Menariknya lagi pada bulan pertama selepas pelancarannya ini, pengguna iPhone yang pertama kali menggunakan aplikasi Domino’s akan menerima kupon percuma pencuci mulut Sticky Caramel yang boleh ditebus pada pembelian kedua yang juga dibuat melalui aplikasi sama.

Setiap pelanggan ke-100 juga akan menikmati kupon piza percuma pada pembelian kedua.

Dan pengguna juga boleh menggunakan kupon, voucher dan promosi melalui aplikasi iPhone, sah sehingga 11 Februari ini.

– Di petik dari Sinar

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kupon domino pizza 2013 (12)
Close