Live Streaming Kelantan vs ATM 5 Jan 2013

Malam ini akan berlangsung perlawanan pertama untuk tahun 2013 membabitkan Kelantan vs ATM di Stadium Shah Alam untuk merebut Piala Sumbangsih 2013.

ATM kemungkinan besar akan turun pada malam ini tanpa penyerang sensasi mereka iaitu Marlon Alex James manakala Kelantan pula menerusi import baru Keita Mandjou, tentu sekali mengharapkan pemain itu mampu memecah tembok pertahanan ATM.

gambar dari facebook info dan ranking bola sepak (official)

Pasukan manakah yang akan membawa piala Sumbangsih 2013? Kelantan atau ATM?

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini secara langsung di TV1 bermula 8:45 malam.

Bagi yang terlepas untuk saksikan perlawanan ini secara live di stadium atau kaca tv, di bawah Belalang kongsikan link live streaming-

LINK 1

Belalang akan kongsikan keputusan perlawanan ini dari masa ke semasa.

Tamat Perlawanan

Kelantan 1-1 ATM

ATM menang menerusi penentuan sepakan penalti 4-3. Tahniah ATM!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close